Praktis Formatif 5.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
(a) Nyatakan keadaan jirim sama ada pepejal, cecair, atau gas.

(b) Berikan tiga contoh bagi setiap keadaan jirim.

(c) Bina satu jadual yang menunjukkan perbezaan susunan dan pergerakan zarah bagi tiga keadaan jirim.


Jawapan:
(a)
(i) Buih: Gas
(ii) Air: Cecair
(iii) Rumpai air: Pepejal
(iv) Akuarium: Pepejal
(v) Ikan: Pepejal

(b)
Pepejal: buku, gelas, baju
Cecair: minyak, petrol, susu
Gas: udara, karbon dioksida dan oksigen
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima).

(c)



Soalan 2:
Bagaimanakah bau masakan merebak ke seluruh ruang di dalam rumah?

Jawapan:
Bau masakan merebak melalui resapan zarah-zarah bau masakan ke dalam zarah-zarah udara.

Soalan 3:
Nyatakan teori kinetik jirim.

Jawapan:
Jirim terdiri daripada zarah yang kecil dan diskret sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain.

Soalan 4:
Mengapakah suhu tidak berubah semasa pendidihan air?

Jawapan:
Suhu tidak berubah kerana haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah pada ketika itu menyebabkan tiada perubahan suhu.

Soalan 5:
Di negara yang mengalami empat musim, suhu turun sehingga di bawah 0°C semasa kemuncak musim sejuk. Hal ini menyebabkan sungai dan tasik membeku di permukaan sahaja. Mengapakah hanya permukaan air yang membeku dan bukannya keseluruhan sungai dan tasik membeku?

Jawapan:
Udara lebih cepat kehilangan haba berbanding air. Oleh sebab itu, udara pada permukaan air dan air pada permukaan akan membebaskan haba.
Ini menyebabkan air pada permukaan akan membeku lebih cepat dan bertindak sebagai penebat haba.
Permukaan air yang telah membeku menghalang air di bahagian bawah daripada kehilangan haba.
Ini menyebabkan tidak semua air tasik dan sungai membeku.

Leave a Comment