Praktis Formatif 5 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan tiga contoh jirim.



(a) Kenal pasti tiga keadaan jirim dalam Rajah 1.

(b) Antara ketiga-tiga jirim tersebut, yang manakah mempunyai isi padu yang tetap?

(c) Apakah perbezaan antara pergerakan zarah-zarah dalam batu dan udara di dalam belon?


Jawapan:
(a)
Air kopi: cecair
Batu: pepejal
Udara di dalam belon: gas

(b) Air kopi dan batu


(c) Zarah-zarah batu hanya bergetar dan berpusing pada kedudukannya sahaja manakala zarah-zarah udara bergerak secara rawak, berlanggar antara satu sama lain dengan tenaga kinetik yang tinggi.

Soalan 2:
Umar membina sebuah dulang kayu yang mempunyai tiga ruang untuk mengasingkan sebilangan guli kepada tiga bahagian, iaitu P, Q dan R seperti dalam Rajah 2.



(a) Dengan menggunakan teori kinetik jirim, huraikan pergerakan guli di dalam ruang P, Q dan R apabila Umar menggoncang dulang itu. Terangkan jawapan anda.

(b) Berdasarkan sifat jirim yang telah anda pelajari, bagaimanakah gas

(i) dimampatkan menjadi cecair di dalam tong gas?

(ii) berubah menjadi gas semula apabila keluar daripada tong gas tersebut?


Jawapan:
(a)
P: hanya berpusing dan bergetar pada kedudukannya kerana ruang kosong di antara guli sangat kecil.

Q: bergerak, menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain kerana mempunyai lebih ruang kosong berbanding P.

R: bergerak secara rawak, berlanggar antara satu sama lain dengan kelajuan yang tinggi kerana terdapat banyak ruang kosong di antara guli.


(b)(i) Gas dimampatkan pada tekanan yang tinggi, isi padu ruang menjadi kecil, susunan zarah semakin rapat, kedaan jirim bertukar daripada gas kepada cecair.


(b)(ii) Apabila tekanan di dalam tong gas dikurangkan, isi padu ruang menjadi besar, susunan zarah semakin berjauhan antara satu sama lain. Keadaan jirim bertukar daripada cecair kepada gas.

Leave a Comment