Praktis Formatif 5 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan Elisya sedang meniup air sabun.



(a) Nyatakan keadaan jirim bagi
(i) Udara dalam buih sabun
(ii) Gegelang peniup sabun
(iii) Air sabun

(b) Apakah yang akan berlaku pada cecair sabun itu apabila Elisya meniup dengan sangat kuat? Berikan alasan anda.


Jawapan:
(a)(i) Gas

(a)(ii) Pepejal

(a)(iii) Cecair


(b) Cecair sabun bertukar menjadi gas. Tiupan yang kuat akan menghasilkan tekanan dan menyebabkan susunan zarah-zarah cecair berjauhan antara satu sama lain. Akhirnya, cecair sabun bertukar keadaan menjadi gas.

Soalan 4:
Tan hendak menunggang basikal ke sekolah tetapi dia mendapati tayar basikalnya kempis. Tan mengepam udara ke dalam tayar basikal sehingga tidak terlalu cekang.



(a) Terangkan keadaan zarah-zarah udara di dalam tayar basikal yang telah dipam.

(b) Wajarkan tindakan Tan mengepam tayar basikal sehingga tidak terlalu cekang.

(c) Tayar basikal sedikit kempis apabila cuaca sejuk. Jelaskan.


Jawapan:
(a) Zarah-zarah udara dimampatkan lebih dekat antara satu sama lain.

(b) Tindakan Tan adalah wajar kerana keadaan ini membolehkan tayar mengembang semasa cuaca panas bagi mengelakkan tayar tersebut meletup.


(c) Udara di dalam tayar mengecut apabila sejuk disebabkan berlaku sedikit pembebasan haba dan ini menyebabkan susunan zarah-zarah gas bergerak mendekati antara satu sama lain dan tayar mengecut

Leave a Comment