Praktis Formatif 5 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Soalan 5:


Ariana secara tidak sengaja telah mencampurkan garam bersama dengan daun teh kering. Cadangkan satu langkah untuk mengasingkan garam daripada daun teh berdasarkan pengetahuan anda tentang sifat fizik jirim.


Jawapan:
Garam dan daun teh perlu dimasukkan ke dalam air. Garam akan larut di dalam air, manakala daun teh akan terapung di permukaan air. Untuk mengasingkan garam dan daun teh, turaskan campuran tersebut, daun teh akan melekat pada kertas turas dan keringkannya. Air garam pula akan terhasil sebagai hasil turasan, sejatkan air garam tersebut sehingga hablur garam terbentuk.

Soalan 6:
Seorang pelayar kehabisan air minuman di tengah-tengah lautan. Dia tidak boleh meminum air laut secara terus kerana akan mengalami penyahidratan.

(a) Bagaimanakah anda dapat membantu pelayar tersebut untuk memperoleh air tulen daripada air laut? Berdasarkan pengetahuan anda tentang kondensasi, cipta satu eksperimen yang boleh dijalankan dengan hanya menggunakan objek-objek dalam Rajah 6.



(b) Bagaimanakah anda dapat membuktikan bahawa eksperimen anda berjaya? Cadangkan satu cara yang mudah.


Jawapan:
(a)(i) Tuangkan air laut ke dalam bekas.

(a)(ii) Letakkan gelas di tengah bekas.

(a)(iii) Tutup bekas itu dengan bungkusan plastik.


(a)(iv) Letakkan sebiji batu di tengah bungkusan plastik di atas gelas.

(a)(v) Biarkan bekas tersebut dijemur di bawah Matahari selama sejam.

(a)(vi) Selepas sejam, titisan cecair tidak berwarna akan terhasil pada bungkusan plastik dan menitis ke dalam gelas.



(b) Rasa cecair yang terhasil itu. Jika cecair itu berasa tawar, maka cecair tersebut tulen dan boleh diminum.

Leave a Comment