Eksperimen 6.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.2:
Pernyataan masalah: Apakah perbezaan ciri-ciri logam dan bukan logam?

Tujuan: Mengkaji ciri-ciri logam dan bukan logam

(I) Kekilauan permukaan
Hipotesis: Logam mempunyai permukaaan berkilau

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis permukaan bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Kekilauan permukaan bahan
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz bahan

Bahan dan radas: Rod kuprum, rod karbon, kertas pasir.

Prosedur


1. Gosokkan permukaan rod kuprum dan rod karbon dengan kertas pasir (Rajah 6.11).
2. Perhatikan kekilauan permukaan rod kuprum dan rod karbon.
3. Rekodkan pemerhatian anda.


(II) Kemuluran
Hipotesis: Logam bersifat mulur.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Kemuluran bahan
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz bahan

Bahan dan radas: Dawai kuprum dan grafit pensel.

Prosedur


1. Bengkokkan dawai kuprum untuk membentuk satu bulatan (Rajah 6.12).


2. Lakukan perkara yang sama pada grafit pensel (Rajah 6.13).
3. Rekodkan pemerhatian anda.


(III) Kebolehtempaan
Hipotesis: Logam boleh ditempa.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Kebolehtempaan bahan
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis bahan

Bahan dan radas: Kepingan besi, kepingan kuprum, kepingan sulfur, tukul, bongkah kayu.

Prosedur


1. Ketukkan kepingan besi di atas bongkah kayu dengan menggunakan tukul beberapa kali (Rajah 6.14).
2. Perhatikan perubahan bentuk pada besi tersebut.
3. Ulang langkah 1 dengan menggunakan kepingan kuprum dan sulfur.
4. Rekodkan pemerhatian anda.


(IV) Kekonduksian elektrik
Hipotesis: Logam mengalirkan elektrik.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Pemesongan jarum ammeter
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz bahan

Bahan dan radas: Sel kering, ammeter, klip buaya, rod besi, rod karbon, rod sulfur.

Prosedur


1. Sediakan susunan radas seperti dalam Rajah 6.15.
2. Sambungkan kedua-dua hujung rod besi dengan klip buaya.
3. Perhatikan pesongan jarum ammeter.
4. Ulang langkah 2 dengan menggunakan rod karbon dan rod sulfur.
5. Rekodkan pemerhatian anda.


(V) Kekonduksian haba
Hipotesis: Logam boleh mengalirkan haba.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Masa yang diambil oleh paku tekan untuk jatuh
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz bahan

Bahan dan radas: Rod karbon, rod besi, rod kuprum, lilin, jam randik, paku tekan, kaki retort dan pengapit.

Prosedur


1. Sebatang rod karbon dipasangkan pada kaki retort.
2. Paku tekan dilekatkan pada rod karbon.
3. Panaskan rod karbon (Rajah 6.16).
4. Perhatikan dan rekodkan masa paku tekan jatuh.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan rod besi dan rod kuprum.


(VI) Takat lebur
Hipotesis: Takat lebur logam lebih tinggi.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Takat lebur bahan
Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti bahan

Bahan dan radas: Termometer (0-360°C), mangkuk pijar, penunu Bunsen, alas segi tiga tanah liat, tungku kaki tiga, serbuk timah, serbuk sulfur.

Prosedur


1. Panaskan serbuk timah di dalam mangkuk pijar.
2. Perhatikan dan rekod takat lebur serbuk timah.
3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan serbuk sulfur.
4. Rekodkan pemerhatian anda.

Keputusan


Kesimpulan
Adakah hipotesis boleh diterima?


Soalan
1. Apakah perbezaan kekilauan permukaan rod kuprum dan karbon?

2. Antara dawai kuprum dengan grafit pensel, yang manakah dapat dibengkokkan?

3. Antara kepingan besi dengan sulfur, yang manakah boleh ditempa?

4. Antara rod besi, rod karbon dan rod sulfur yang manakah dapat mengkonduksikan arus elektrik?

5. Antara rod besi dengan karbon, yang manakah konduktor haba yang lebih baik?

6. Antara serbuk timah dengan sulfur, yang manakah mempunyai takat lebur yang lebih tinggi?


Jawapan:
1. Permukaan kepingan rod kuprum berkilau manakala rod karbon tidak berkilau.

2. Dawai kuprum boleh dibengkokkan tanpa patah.

3. Kepingan besi boleh ditempa.

4. Rod besi dan rod karbon dapat mengkonduksikan elektrik.

5. Rod besi merupakan konduktor haba yang lebih baik.

6. Serbuk plumbum mempunyai takat lebur yang lebih tinggi.

Leave a Comment