Praktis Formatif 6.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Nyatakan zarah-zarah subatom.

Jawapan:
Proton, elektron dan neutron

Soalan 2:
Mengapakah atom bersifat neutral?

Jawapan:
Bilangan elektron di dalam sesuatu atom pula adalah sama dengan bilangan protonnya. Oleh itu, atom bersifat neutral.

Soalan 3:
Apakah maksud unsur dan sebatian?

Jawapan:
Unsur ialah satu bahan yang terdiri daripada zarah yang sama jenis sahaja. Manakala sebatian pula terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang bergabung secara kimia.

Soalan 4:
Terangkan perbezaan antara atom dengan molekul secara ringkas.

Jawapan:
Atom ialah zarah yang paling kecil dalam sesuatu unsur manakala molekul pula ialah gabungan dua atau lebih atom.

Soalan 5:
Bagaimanakah unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala?

Jawapan:
Unsur-unsur disusun dalam jadual berkala mengikut bilangan nombor proton.

Soalan 6:
Kelaskan unsur-unsur yang berikut kepada bahan logam dan bahan bukan logam.

Karbon, magnesium, iodin, klorin, neon, argon, aluminium, kuprum, besi, emas, merkuri

Jawapan:


Soalan 7:
Anda dibekalkan dengan satu unsur X. Apakah yang perlu anda lakukan bagi mengenal pasti jenis unsur tersebut?

Jawapan:
Melihat ciri-ciri fizikal unsur X tersebut sama ada dari segi kekilauan, kemuluran, kebolehtempaan, kekonduksian elektrik dan haba serta takat lebur bahan X tersebut.

Leave a Comment