Aktiviti 6.5 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.5:
Tujuan: Mengasingkan campuran menggunakan kaedah penyulingan

Bahan dan radas: Campuran air dan alkohol, serpihan porselin, termometer, bikar, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, kasa dawai, kondenser Liebig, kaki retort dengan pengapit, kelalang dasar bulat.


Arahan


1. Tuangkan campuran air dan alkohol ke dalam kelalang dasar bulat sehingga separuh penuh dan tambahkan beberapa serpihan porselin ke dalamnya.

2. Alirkan air paip melalui kondenser Liebig (Rajah 6.21).

3. Panaskan campuran air dan alkohol dan kumpulkan cecair yang mengalir dari kondenser Liebig menggunakan bikar.

4. Rekodkan suhu cecair ketika cecair mula keluar dari kondenser. Tentukan takat didih cecair tersebut.


Soalan
1. Pada suhu berapakah cecair mula mengalir keluar dari kondenser?
2. Apakah kegunaan serpihan porselin dalam aktiviti ini?

Jawapan:
1. 78°C

2. Mengelakkan percikan larutan.

Leave a Comment