Aktiviti 6.7 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.7:
Tujuan: Mengasingkan campuran dengan menggunakan kaedah pengenapan

Bahan dan radas: Larutan berkelodak, dua bikar 100 ml, rod kaca

Arahan

1. Campurkan 50 ml air berkelodak di dalam bikar 100 ml.

2. Kacaukan campuran air berkelodak tersebut dengan menggunakan rod kaca. (Rajah 6.24 (a)).

3. Perhatikan air dan kelodak selepas seketika.

4. Tuangkan air jernih di dalam bikar secara perlahan-lahan ke dalam bikar yang lain (Rajah 6.24 (b)).

5. Perhatikan baki yang tertinggal di dasar bikar.


Soalan
1. Apakah bahan yang terenap di dasar bikar?
2. Adakah kelodak dan air dapat dipisahkan secara fizikal?

Jawapan:
1. Kelodak
2. Ya

Leave a Comment