Aktiviti 7.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.1:
Tujuan: Menentukan peratusan oksigen dalam udara

Bahan dan radas: Lilin, plastisin, mancis, besen kaca, pen penanda dakwat kekal, balang gas, alas balang gas, air.

Arahan

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2 (a).

2. Bahagikan balang gas kepada lima bahagian yang sama dan ditanda dengan pen penanda dakwat kekal (Rajah 7.2 (b)).


3. Nyalakan lilin dan telangkupkan balang gas ke atas lilin itu (Rajah 7.3).


4. Perhatikan dan buat catatan perubahan aras air yang berlaku apabila lilin terpadam.

5. Buat kesimpulan tentang peratusan oksigen dalam udara.


Soalan
1. Apakah yang terjadi kepada api lilin selepas suatu jangka masa? Mengapa?

2. Apakah perubahan yang berlaku ke atas aras air pada akhir eksperimen? Berikan sebab bagi perubahan tersebut.

3. Berapakah peratusan oksigen dalam udara berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan?

Jawapan:
1. Lilin terpadam disebabkan oksigen di dalam balang gas sudah habis digunakan.

2. Aras air meningkat kerana air menggantikan oksigen yang telah digunakan untuk pembakaran.

3. 20%

Leave a Comment