Aktiviti 7.3 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.3:
Tujuan: Membuktikan bahawa bahan api, oksigen dan haba diperlukan untuk pembakaran berlaku

(A) Menentukan bahan api diperlukan untuk pembakaran

Bahan dan radas: Penunu Bunsen, penyepit besi, pemetik api, rod kaca, kayu, lilin, batu.

Arahan
1. Nyalakan api penunu Bunsen.
2. Letakkan rod kaca pada nyalaan api penunu Bunsen dengan menggunakan penyepit.
3. Perhatikan sama ada rod kaca terbakar atau tidak.
4. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual.
5. Ulang langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan kayu, lilin dan batu.




Soalan:
1. Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan bahan-bahan tersebut kepada bahan api dan bukan bahan api.
2. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

Jawapan:
1. Bahan api: kayu dan lilin Bukan bahan api: rod kaca dan batu

2. Kayu dan lilin adalah bahan api manakala rod kaca dan batu bukan bahan api

(B) Menentukan oksigen diperlukan untuk pembakaran

Bahan dan radas: Balang gas, jubin putih, dua batang lilin yang sama saiz, plastisin, mancis.

Arahan


1.
Dua batang lilin yang sama saiz dilekatkan pada jubin putih dengan menggunakan plastisin (Rajah 7.9).
2. Nyalakan lilin X dan Y.
3. Telangkupkan balang gas di atas lilin X.
4. Perhatikan lilin yang padam terlebih dahulu.


Soalan:
1. Lilin yang manakah akan menyala lebih lama? Mengapa?
2. Apakah gas yang digunakan dalam pembakaran lilin?
3. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

Jawapan:
1. Lilin Y kerana lilin itu mendapat oksigen yang lebih banyak daripada lilin X.

2. Oksigen

3. Oksigen diperlukan untuk pembakaran


(C) Menentukan bahawa haba diperlukan untuk pembakaran

Bahan dan radas: Mancis, mancis yang telah disimpan di bahagian penyejuk beku peti sejuk, kotak mancis.

Arahan
1. Labelkan P pada mancis yang telah disimpan dalam bahagian penyejuk beku peti sejuk dan sebatang mancis lain sebagai Q.
2. Nyalakan mancis P dan Q. Perhatikan perubahan yang berlaku.


Soalan:
1. Adakah mancis P dan Q menyala? Mengapa?
2. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

Jawapan:
1. Mancis P tidak menyala kerana kekurangan haba dan mancis Q menyala kerana mempunyai haba.

2. Haba diperlukan untuk pembakaran

Leave a Comment