Praktis Formatif 7.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Berikan maksud pembakaran.

Jawapan:
Pembakaran bermaksud tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan oksigen dan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya.

Soalan 2:
Apakah syarat-syarat pembakaran?

Jawapan:
Kehadiran oksigen, haba dan bahan api

Soalan 3:
Luqman menggunakan selimut api untuk memadamkan suatu kebakaran kecil di rumahnya. Bagaimanakah selimut api itu berfungsi?

Jawapan:
Selimut api merupakan selimut khas yang diperbuat daripada bahan kalis api. Selimut ini menutupi api dan menghalang oksigen daripada masuk ke bawah selimut sehingga akhirnya menyebabkan api terpadam.

Soalan 4:
Berikan empat langkah berjaga-jaga yang boleh diambil bagi mengelakkan kebakaran.

Jawapan:
(a) Sentiasa peka dengan barangan elektrik yang digunakan.

(b) Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.

(c) Letak alat pemanas jauh daripada sebarang benda yang mudah terbakar.

(d) Tidak membuang puntung rokok ketika api rokok masih menyala.

(e) Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik.
 
(f) Memasang penggera kebakaran di rumah.


Soalan 5:
Logam seperti kalium dan natrium disimpan dalam minyak parafin. Mengapa?

Jawapan:
Logam kalium dan natrium adalah bahan mudah terbakar apabila terdedah kepada udara.

Leave a Comment