Praktis Formatif 8.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:

Rajah di sebelah menunjukkan seorang lelaki yang gemuk berdiri di hadapan sebuah cermin. Apakah jenis cermin itu? Nyatakan ciri imej yang terbentuk.

Jawapan:
Cermin cembung, orang itu kelihatan kurus.

Soalan 2:
Apakah fungsi cermin satah dalam periskop?

Jawapan:
Untuk memantulkan cahaya supaya imej boleh terbentuk pada mata.

Soalan 3:
Mengapakah kita memerlukan cermin satah di dalam lif?

Jawapan:
Supaya ruang yang kecil nampak luas dan selesa. Cermin satah juga berfungsi untuk tujuan keselamatan di mana seseorang boleh melihat keadaan di belakang mereka.

Leave a Comment