Eksperimen 8.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Eksperimen 8.2:
Pernyataan masalah
Apakah hubungan antara sudut tuju dengan sudut biasan? Dengan menambahkan sudut tuju, adakah sudut biasan juga akan bertambah?

Hipotesis: Semakin besar sudut tuju, i, semakin besar sudut biasan, r.

Tujuan: Mengkaji hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat (udara) ke medium lebih tumpat (blok kaca)

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan: Sudut tuju cahaya, i
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Sudut biasan cahaya, r
Pemboleh ubah bergerak balas: Saiz celah

Bahan dan radas: Bongkah kaca, kotak sinar, plat satu celah, pembaris, bekalan kuasa, kertas putih, protraktor.


Prosedur

1. Jalankan eksperimen ini di dalam bilik yang gelap.

2. Letak satu blok kaca di atas sehelai kertas putih dan lakarkan bentuknya.

3. Halakan satu sinar tuju ke blok tersebut, tandakan arahnya dan lukis sinar tuju tersebut dengan menggunakan pembaris.

4. Tandakan arah sinar yang keluar dari blok tersebut dan lukis sinar tersebut dengan menggunakan pembaris.

5. Alihkan blok kaca, sambungkan titik masuk dan titik keluar sinar tersebut untuk menunjukkan arah sinar dalam blok tersebut.

6. Lukis garis normal pada titik masuk.

7. Ukur sinar tuju, i dan sinar biasan, r dengan menggunakan protraktor.

8. Ulang langkah 3 hingga 7 untuk sudut tuju yang berlainan.

9. Rekodkan keputusan anda di dalam sebuah jadual.


Keputusan


Perbincangan
1. Plotkan graf i melawan r.
2. Berdasarkan graf sudut tuju, i melawan sudut biasan, r, apakah hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r?

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen diterima?


Soalan
Apakah yang berlaku kepada sinar cahaya apabila sinar itu bergerak dari
(a) medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat?
(b) medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat?

Jawapan:
1. 

2. Semakin besar sudut tuju, i, semakin besar sudut biasan, r.

Leave a Comment