Praktis Formatif 9.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Bagaimanakah batuan sedimen, batuan igneus dan batuan metamorfik terbentuk? Jelaskan.

Jawapan:
Batuan igneus terbentuk apabila magma daripada letusan gunung berapi menyejuk apabila sampai ke permukaan.
Batuan sedimen pula terbentuk daripada pelbagai proses pemecahan batuan seperti luluhawa dan hakisan yang akhirnya diangkut oleh air sungai ke lautan dan termendap di situ.
Batuan metamorfik ialah batuan hasil tindakan tekanan dan haba ke atas batuan igneus dan batuan sedimen.


Soalan 2:
Mengapakah fosil tidak dapat dijumpai dalam batuan igneus?

Jawapan:
Batuan igneus terbentuk daripada magma yang menyejuk. Magma bersuhu sangat tinggi maka tidak ada hidupan yang dapat hidup di dalamnya. Oleh yang demikan, fosil tidak dapat dijumpai di dalam batuan igneus.


Soalan 3:
Mengapakah batuan metamorfik lebih keras daripada batuan igneus dan batuan sedimen?

Jawapan:
Batuan metamorfik adalah lebih keras daripada batuan lain kerana jenis batuan itu terbentuk akibat tekanan dan suhu yang sangat tinggi.

Leave a Comment