Praktis Formatif 9.3 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Apakah proses eksogen dan proses endogen?

Jawapan:
Proses eksogen – proses yang berlaku di permukaan Bumi.

Proses endogen – proses yang berpunca daripada dalam Bumi.

Soalan 2:
Apakah agen yang menyebabkan hakisan?

Jawapan:
Aliran air, angin dan ombak

Soalan 3:
Apakah teori plat tektonik?

Jawapan:
Menurut teori plat tektonik, kerak Bumi dibahagikan kepada beberapa keping plat. Plat-plat ini sentiasa bergerak menyebabkan proses pertembungan dan pencapahan yang menghasilkan pelbagai bentuk Bumi serta hanyutan benua.

Soalan 4:
Terangkan proses olakan mantel.

Jawapan:
Proses olakan mantel berlaku apabila suhu yang tinggi dalam bahagian mantel dan teras Bumi menghasilkan arus-arus perolakan di lapisan astenosfera yang berupaya menggerakkan kerak Bumi.

Leave a Comment