Praktis Formatif 9.6 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Apakah kesan pembalakan hutan yang berleluasa?

Jawapan:
Pembalakan yang berleluasa menyebabkan penghasilan gas oksigen berkurang manakala kandungan gas karbon dioksida di udara menjadi lebih tinggi.
Hal ini menyebabkan pemanasan global kerana karbon dioksida adalah gas rumah kaca yang boleh memerangkap kepanasan matahari.
Kandungan oksigen yang kurang juga menyebabkan bekalan oksigen untuk pernafasan menjadi kurang.
Pembalakan juga menyebabkan hakisan tanah berlaku.

Soalan 2:
Bahan mineral yang dilombong daripada Bumi amat diperlukan untuk perkembangan ekonomi negara secara berterusan. Namun begitu, jumlah mineral adalah terhad.
Senaraikan dan bincangkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menjamin sumber bahan mineral yang berterusan.

Jawapan:
Kitar semula, penggunaan bahan mineral secara berhemah.

Leave a Comment