Latihan Formatif 2.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Namakan tiga jenis kitar nutrien.

Jawapan:
Kitar karbon, kitar oksigen dan kitar air


Soalan 2:
Berikan dua proses perubahan jirim dalam kitar air.

Jawapan:
Penyejatan dan kondensasi


Soalan 3:
Terangkan peranan organisma dalam kitar karbon dan kitar oksigen.

Jawapan:
Tumbuhan dan haiwan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi. Melalui proses fotosintesis pula, tumbuhan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, proses pereputan organisma dan pembakaran bahan api juga membebaskan karbon dioksida. Kesemua proses ini mengekalkan keseimbangan gas oksigen dan karbon dioksida di atmosfera.


Soalan 4:
Cadangkan dua langkah untuk menjimatkan air.

Jawapan:
(a) Menadah air hujan untuk kegunaan harian seperti menyiram pokok dan mencuci kereta

(b) Memastikan tiada kebocoran paip

(c) Membasuh kereta menggunakan air di dalam baldi

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Leave a Comment