Aktiviti 2.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 2


Aktiviti 2.3:
Tujuan:
Mengkaji habitat, populasi dan komuniti dalam ekosistem.

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Kenal pasti sebuah ekosistem semula jadi yang terdapat di kawasan anda.

3. Lakukan pemerhatian terhadap ekosistem tersebut.

4. Ambil gambar foto dan senaraikan spesies, populasi dan komuniti haiwan serta tumbuhan yang boleh ditemui dalam ekosistem tersebut.

5. Sediakan sebuah folio tentang maklumat yang anda peroleh.

Soalan
1. Bagaimanakah populasi yang berlainan mendapat makanan?

2. Bagaimanakah organisma hidup berinteraksi dengan persekitaran?

3. Apakah kebaikan yang wujud hasil interaksi organisma dengan persekitaran?

4. Namakan satu organisma dan ramalkan kesan yang akan berlaku jika populasi organisma tersebut mati.


Jawapan:
Memelihara organisma daripada mengalami kepupusan

(Soalan 1, 2 dan 4 berdasarkan kajian murid)

Leave a Comment