Aktiviti 3.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Tujuan: Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak.

Bahan: Larutan iodin, ampaian kanji 1%, larutan Benedict, larutan glukosa 10%, reagen Millon, larutan albumen, etanol, minyak masak dan air suling

Radas: Tabung uji, penitis, bikar, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, penyepit tabung uji, penyumbat gabus dan rak tabung uji

(A) Ujian Iodin untuk kanji


Arahan
1. Masukkan 2 ml ampaian kanji ke dalam tabung uji.

2. Titiskan 2 titik larutan iodin ke dalam tabung uji tersebut (Rajah 3.3).

3. Rekodkan pemerhatian anda.


(B) Ujian Benedict untuk glukosa


Arahan
1. Masukkan 2 ml larutan glukosa ke dalam tabung uji.

2. Tambahkan 2 ml larutan Benedict ke dalam tabung uji tersebut dan goncangkan supaya larutan itu bercampur.

3. Panaskan tabung uji tersebut di dalam kukus air selama 5 minit (Rajah 3.4).

4. Rekodkan pemerhatian anda.


(C) Ujian Millon untuk protein


Arahan
1. Tuangkan 5 ml ampaian albumen ke dalam tabung uji.

2. Titiskan 2 hingga 3 titik reagen Millon ke dalam tabung uji tersebut (Rajah 3.5 (a)). Kemudian, goncangkan supaya larutan tersebut bercampur.

3. Panaskan tabung uji tersebut dalam kukus air selama 5 minit (Rajah 3.5 (b)).

4. Rekodkan pemerhatian anda.


(D) Ujian alkohol-emulsi untuk lemak


Arahan
1. Masukkan 3 ml etanol ke dalam tabung uji.

2. Titiskan 2 hingga 3 titik minyak masak ke dalam tabung uji tersebut (Rajah 3.6 (a)). Kemudian, tutup tabung uji dengan penyumbat gabus.

3. Goncang tabung uji perlahan-lahan dan biarkan di rak tabung uji selama 2 hingga 3 minit.

4. Titiskan 4 hingga 5 titik campuran dari tabung uji tersebut ke dalam sebuah tabung uji lain yang diisi 20 ml air suling (Rajah 3.6 (b)).

5. Tutup tabung uji dengan penyumbat gabus dan goncang dengan perlahan. Biarkan tabung uji di rak tabung uji selama 2 hingga 3 minit.

6. Rekodkan pemerhatian anda.

Pemerhatian


Soalan
1. Mengapakah pemanasan dalam ujian Benedict dan ujian Millon dijalankan di dalam kukus air?

2. Anda diberi satu sampel makanan dalam bentuk serbuk. Bagaimanakah anda dapat menentukan kelas makanan yang terdapat pada sampel makanan tersebut?

3. Apakah inferens yang dapat dibuat daripada setiap aktiviti di atas?


Jawapan:

1. Memastikan sampel berada pada suhu yang seragam.

2.
Bancuh sampel makanan dalam bentuk serbuk dengan air suling terlebih dahulu.
Jalankan ujian Iodin, Benedict, Millon dan alkohol emulsi.

3.
Aktiviti A: Larutan bertukar warna ke biru tua kerana kehadiran kanji.

Aktiviti B: Mendakan merah akan terbentuk kerana kehadiran gula penurun.

Aktiviti C: Mendakan merah akan terbentuk kerana kehadiran protein.

Aktiviti D: Ampaian berwarna putih kerana kehadiran lemak.

Leave a Comment