Latihan Formatif 3.2 (Soalan 1 – 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang?

Jawapan:
Gizi seimbang ialah diet yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang betul.


Soalan 2:
Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori.

Jawapan:
Jantina, saiz badan, keadaan kesihatan, umur, pekerjaaan dan iklim


Soalan 3:
Bandingkan keperluan tenaga seorang wanita dan seorang lelaki yang berumur 50 tahun.

Jawapan:
Keperluan tenaga bagi lelaki yang berumur 50 tahun adalah lebih tinggi kerana biasanya mereka melakukan aktiviti yang lebih berat berbanding wanita yang berumur 50 tahun.


Soalan 4:
Berikan definisi nilai kalori makanan.

Jawapan:
Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 1 g makanan dibakar dengan lengkap di dalam badan.

Leave a Comment