Eksperimen 3.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Eksperimen 3.1:
Tujuan: Mengkaji penyerapan glukosa melalui tiub Visking.


Pernyataan masalah: Adakah glukosa boleh meresap keluar melalui tiub Visking?

Hipotesis: Glukosa boleh meresap keluar melalui tiub Visking.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis dan saiz tiub Visking, suhu, masa
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis kandungan di dalam tiub Visking
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kehadiran glukosa di dalam air suling

Bahan: Ampaian kanji 1%, larutan glukosa, tiub Visking, larutan iodin, larutan Benedict dan air suling

Radas: Tabung didih, bikar, tabung uji, penunu Bunsen, jam randik, tungku kaki tiga, kasa dawai dan benang

Prosedur:
1. Rendamkan kedua-dua tiub Visking di dalam air untuk melembutkannya.

2. Ikat satu hujung kedua-dua tiub Visking menggunakan benang.

3. Tuangkan 10 ml ampaian kanji ke dalam satu tiub Visking dan 10 ml larutan glukosa ke dalam tiub Visking yang lain.

4. Ikat hujung yang satu lagi kedua-dua tiub Visking menggunakan benang.

5. Bilas sehingga bersih kedua-dua tiub Visking menggunakan air suling.

6. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.17.

7. Jalankan ujian Benedict dan ujian iodin ke atas air suling di dalam tabung didih P dan Q.

8. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual berikut.

9. Biarkan radas selama 30 minit. Kemudian, ulang langkah 7.

10. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual yang berikut.

Pemerhatian:


Soalan
1. Apakah yang diwakili oleh tiub Visking dan air suling di dalam bikar?

2. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan eksperimen ini.

3. Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian di
(a) tabung didih P?
(b) tabung didih Q?

4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen ini?


Jawapan:
1. Usus kecil, darah

2.
(a)
Ikat tiub Visking dengan kemas
(b) Bilas tiub Visking sebelum memasukkannya ke dalam air suling.

3.
(a)
Larutan iodin kekal berwarna perang kerana saiz molekul kanji besar dan tidak boleh meresap melalui tiub Visking ke dalam air suling.

(b) Larutan Benedict membentuk mendakan merah bata dengan kehadiran glukosa kerana saiz molekul glukosa kecil dan boleh meresap keluar melalui tiub Visking ke dalam air suling.

4. Kanji ialah molekul besar yang tidak boleh meresap melalui tiub Visking. Glukosa ialah molekul kecil yang boleh meresap melalui tiub Visking.


Leave a Comment