Eksperimen (D) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Eksperimen (D):
Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

(D) Pergerakan udara
Pernyataan masalah: Adakah pergerakan udara mempengaruhi kadar penyejatan air?

Hipotesis: Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar penyejatan air.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Kelembapan udara, isi padu air, luas permukaan air yang terdedah dan suhu persekitaran
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Pergerakan udara
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar penyejatan air


Bahan: Kertas kobalt klorida kontang, pita selofan dan air

Radas: Slaid kaca, kipas dan penitis

Prosedur:
1. Lekatkan dua helai kertas kobalt klorida kontang pada slaid kaca dengan menggunakan pita selofan dan labelkan kedua-dua slaid kaca sebagai M dan N (Rajah 5.11).

2. Titiskan beberapa titik air pada setiap kertas kobalt klorida.

3. Letakkan slaid kaca M di bawah kipas dan letakkan slaid kaca N jauh daripada kipas.

4. Rekodkan pemerhatian anda di dalam jadual selepas 15 minit.

Kesimpulan:
Adakah hipotesis bagi setiap eksperimen yang dijalankan diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
4. Mengapakah kipas digunakan dalam Eksperimen D?


Jawapan:
4. Untuk mempercepatkan kadar pergerakan udara.

Leave a Comment