Aktiviti 5.7 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.7:
Tujuan: Mengkaji pelbagai kaedah pembersihan air.

Bahan: Air kolam, air klorin, agar-agar nutrien yang disterilkan, kertas turas dan pita selofan

Radas: Bikar, rod kaca, corong turas, silinder penyukat, penunu Bunsen, kasa dawai, piring Petri, kelalang penyulingan, kondenser Liebig, kaki retort dan penyepit, termometer dan gabus berlubang satu

Arahan
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.21(a) kemudian kumpulkan hasil turasan.

2. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.21(b) kemudian kumpulkan hasil sulingan.

3. Sediakan lima piring Petri berisi agar-agar nutrien yang dilabelkan sebagai A, B, C, D dan E.

4. Tambahkan bahan-bahan berikut ke dalam piring-piring Petri tersebut.
Piring Petri A dititiskan dengan lima titis air kolam
Piring Petri B dititiskan dengan lima titis hasil turasan air kolam
Piring Petri C dititiskan dengan lima titis hasil sulingan air kolam
Piring Petri D dititiskan dengan lima titis air kolam yang dididihkan
Piring Petri E dititiskan dengan lima titis air kolam yang dicampurkan dengan air klorin

5. Tutup semua piring Petri dan lekatkan dengan pita selofan.

6. Simpan semua piring Petri di tempat yang gelap selama empat hari.

7. Selepas empat hari, perhatikan dan rekodkan pertumbuhan mikroorganisma pada agar-agar nutrien.


Soalan
1. Kaedah manakah yang menghasilkan air tulen?

2. Apakah fungsi klorin di dalam piring Petri E?

3. Berikan inferens bagi pemerhatian anda ke atas agar-agar nutrien di dalam piring Petri B dan C.


Jawapan:
1. Penyulingan

2. Klorin membunuh mikroorganisma dalam air di piring Petri E.

3. Agar-agar nutrien dalam piring Petri B mengandungi koloni mikroorganisma kerana kaedah penurasan menyingkirkan bendasing terampai tetapi tidak menyingkirkan mikroorganisma. Agar-agar nutrien dalam piring Petri C bebas daripada mikroorganisma kerana kaedah penyulingan menyingkirkan bendasing terampai, bahan terlarut dan mikroorganisma.

Leave a Comment