Aktiviti 6.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.2:
Tujuan:
Menentukan bahan berasid dan beralkali dalam kehidupan harian dengan menggunakan pelbagai penunjuk.

Bahan:
Kertas litmus biru, kertas litmus merah, penunjuk semesta, metil jingga, fenolftalein, minuman bergas, pencuci pinggan, air suling, air gula dan air garam

Radas:
Penitis, tabung uji, silinder penyukat, meter pH dan rak tabung uji

Nota: Warna bahan yang diuji dengan penunjuk semesta perlu dibandingkan dengancarta pH.


Arahan
1. Masukkan 2 ml minuman bergas, pencuci pinggan, air suling, air gula dan air garam ke dalam tabung uji yang berasingan kemudian letakkan di dalam rak tabung uji.

2. Uji bahan-bahan tersebut dengan kertas litmus biru dan kertas litmus merah.

3. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggantikan kertas litmus biru dan kertas litmus merah dengan penunjuk semesta, metil jingga, fenolftalein dan meter pH.

Pemerhatian



Soalan
1. Apakah kelebihan penunjuk semesta berbanding dengan kertas litmus?

2. Apakah inferens anda tentang suatu bahan yang mempunyai nilai pH 7?

Jawapan:
1. Penunjuk semesta dapat menunjukkan nilai pH bahan. Kertas litmus tidak menunjukkan nilai pH tetapi dapat menentukan sama ada suatu bahan berasid atau beralkali.

2. Bahan mempunyai nilai pH 7 kerana bahan itu bersifat neutral.

Leave a Comment