Aktiviti 7.5 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.5:
Tujuan:
Mengkaji hubungan antara cas elektrik dan arus elektrik.


Langkah berjaga-jaga: Pastikan semua radas adalah kering dan neutral


Radas:
Penjana Van de Graaff, galvanometer dan dawai penyambung


Arahan
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

2. Hidupkan penjana Van de Graaff dan perhatikan penunjuk galvanometer.

Soalan
1. Apakah yang berlaku pada penunjuk galvanometer? Jelaskan.
2. Bagaimanakah anda akan menunjukkan kehadiran cas pada kubah penjana?
3. Nyatakan maksud arus elektrik.


Jawapan:
1. Penunjuk galvanometer terpesong.
Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pengaliran cas ke bumi.

2. Dekatkan ceper logam elektroskop dengan kubah penjana Van de Graaff.
Pencapahan kerajang emas akan menunjukkan kehadiran cas.

3. Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor.

Leave a Comment