Eksperimen 7.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Eksperimen 7.1:
Tujuan:
Mengkaji kesan perubahan rintangan terhadap arus elektrik dan kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik.

(A) Kesan perubahan rintangan terhadap arus elektrik

Pernyataan masalah:
Apakah kesan perubahan rintangan terhadap arus elektrik?

Hipotesis: 
Semakin besar rintangan, semakin kecil arus elektrik yang mengalir.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Bilangan sel kering
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Panjang dawai nikrom
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Bacaan ammeter

Bahan:
Dawai nikrom (60 cm)

Radas:
Ammeter, pembaris meter, pemegang sel, sel kering, paku tekan, klip buaya, joki dan dawai penyambung


Prosedur:
1. Pasangkan dawai nikrom pada kedua-dua hujung pembaris meter.

2. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.10.

3. Letakkan joki pada kedudukan panjang dawai nikrom ialah 20 cm. Catatkan bacaan ammeter.

4. Ulang langkah 3 dengan menambahkan panjang dawai nikrom kepada 30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm secara berperingkat.

5. Catatkan bacaan ammeter bagi setiap panjang dawai nikrom yang digunakan dalam satu jadual.

6. Plotkan graf arus melawan panjang dawai nikrom.




Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
1. Apakah hubungan antara panjang dawai nikrom dengan rintangan?

2. Apakah hubungan antara panjang dawai nikrom dengan arus yang mengalir dalam litar?

3. Apakah hubungan antara rintangan dengan arus elektrik?


(B) Kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik


Pernyataan masalah:
Apakah kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik?

Hipotesis:
Semakin besar voltan, semakin besar arus yang mengalir.


Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Dawai nikrom sepanjang 10 cm
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Bilangan sel kering
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Bacaan ammeter

Radas:
Ammeter, voltmeter, dawai penyambung, dawai nikrom sepanjang 10 cm, sel kering dan klip buaya

Prosedur:
1. Pasangkan litar seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.11 menggunakan satu sel sering.

2. Catatkan bacaan ammeter dan voltmeter.

3. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 menggunakan dua, tiga dan empat sel kering.

5. Plotkan graf arus melawan voltan.


Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
1. Apakah hubungan antara bilangan sel kering dengan bacaan voltmeter?

2. Apakah hubungan antara voltan dengan arus elektrik?


Jawapan:
(A)
1. Apabila panjang dawai nikrom bertambah, rintangan akan bertambah.

2. Apabila panjang dawai nikrom bertambah, arus yang mengalir dalam litar akan berkurang.

3. Apabila rintangan bertambah, arus elektrik akan berkurang.

(B)
1. Apabila bilangan sel kering bertambah, bacaan voltmeter bertambah.

2. Apabila voltan bertambah, arus elektrik yang mengalir dalam litar bertambah.

Leave a Comment