Aktiviti 7.7 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.7:
Tujuan:
Mengkaji pengaliran arus, voltan dan rintangan dalam litar bersiri.

Radas:
Pemegang sel, dawai penyambung, mentol (1.5 V), sel kering, suis, ammeter dan voltmeter

Arahan

1. Pasangkan satu litar bersiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10 (a).



2. Hidupkan suis dan ukur arus yang mengalir melalui mentol M. Ukur arus yang melalui mentol N dengan menukarkan kedudukan ammeter supaya berada di antara M dan N seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10 (b).


3. Ukur arus yang mengalir melalui mentol M dan N dengan memasang litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10 (c).



4. Pasangkan voltmeter merentasi mentol M diikuti oleh mentol N seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10 (d) untuk mengukur voltan yang merentasi mentol.


5. Pasangkan voltmeter seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10 (e) untuk mengukur voltan yang merentasi dua mentol.

6. Hitungkan rintangan bagi setiap mentol secara berasingan dan untuk kedua-dua mentol dengan menggunakan Hukum Ohm.

7. Catatkan semua bacaan dalam bentuk jadual.

Soalan
1. Apakah kesimpulan anda tentang arus yang mengalir dalam litar bersiri?

2. Apakah yang akan berlaku pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol ditanggalkan?


Jawapan:
1. Arus yang mengalir melalui semua titik adalah sama.

2. Mentol yang satu lagi tidak menyala. Apabila satu mentol ditanggalkan maka litar terputus.

Leave a Comment