Latihan Formatif 7.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan medan magnet?

Jawapan:
Kawasan di sekitar magnet yang berada di bawah pengaruh daya magnet.


Soalan 2:

Rajah 1 menunjukkan sebatang paku besi dililitkan dengan dawai kuprum bertebat yang disambungkan kepada satu sel kering 1.5 V.

(a) Apakah yang berlaku kepada paku besi apabila suis ditutup?

(b) Tandakan arah arus pada dawai kuprum yang melilit paku besi.

(c) Nyatakan kutub medan magnet pada P dan Q.

(d) Apakah yang berlaku kepada kekuatan medan magnet jika satu lagi sel kering 1.5 V ditambahkan?


Jawapan:
(a) Paku menjadi elektromagnet

(b)


(c) P – Utara, Q – Selatan

(d) Kekuatan medan magnet bertambah


Soalan 3:
Nyatakan Benar atau Palsu bagi pernyataan berikut.
(a) Jika suatu bahan ditarik oleh magnet, maka bahan itu adalah bermagnet. (   )

(b) Dawai lurus menghasilkan garisan-garisan medan magnet yang berbentuk bulatan sepusat. (   )

Jawapan:
(a) Benar

(b) Benar

Leave a Comment