Aktiviti 8.4 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.4:
Tujuan: Menentukan daya apungan.

Bahan: Penutup botol kaca, penyumbat gabus, bola skuasy, plastisin dan benang

Radas: Bikar 250 ml dan neraca spring


Arahan
1. Gantungkan penutup botol kaca pada hujung neraca spring seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 8.7 (a).

2. Catatkan bacaan berat sebenar penutup botol kaca, W1.

3. Isi 250 ml air ke dalam sebuah bikar.

4. Masukkan penutup botol itu ke dalam air seperti dalam Gambar foto 8.7 (b).

5. Catatkan bacaan berat ketara penutup botol, W2.

6. Kirakan daya apungan, F.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 menggunakan penyumbat gabus, bola skuasy dan plastisin.

8. Lepaskan penutup botol kaca, penyumbat gabus, bola skuasy dan plastisin ke dalam air.
Perhatikan sama ada objek-objek tersebut tenggelam atau terapung.

9. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual seperti di bawah.





Soalan
1. Apakah hubungan antara daya apungan sesuatu objek dengan keadaan objek?


Jawapan:
Apabila daya apungan sama dengan berat objek, objek itu akan terapung.

Apabila daya apungan kurang daripada berat objek, objek itu akan tenggelam.

Leave a Comment