Eksperimen 8.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Eksperimen 8.1:
Tujuan: Mengkaji kesan ketumpatan ke atas kedudukan objek dalam air.

Pernyataan masalah: Adakah objek yang lebih tumpat daripada air akan terapung atau tenggelam di dalam air?

Hipotesis: Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam, manakala objek yang kurang tumpat daripada air akan terapung.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu bongkah
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Ketumpatan bongkah
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kedudukan bongkah dalam air


Bahan: Bongkah kuprum, bongkah aluminium, bongkah gabus dan bongkah kayu yang mempunyai saiz yang sama


Radas: Penimbang, besen kaca dan pembaris meter

Prosedur:
1. Timbang jisim setiap bongkah.
2. Kirakan isi padu setiap bongkah.
3. Kirakan ketumpatan setiap bongkah dengan rumus berikut:

Ketumpatan \(\left(\mathrm{g} / \mathrm{cm}^3\right)=\frac{\text { Jisim }(\mathrm{g})}{\text { Isi padu }\left(\mathrm{cm}^3\right)}\)

4. Rekodkan jisim, isi padu dan ketumpatan dalam jadual di bawah.


5. Masukkan keempat-empat bongkah ke dalam sebuah besen kaca yang berisi air. Perhatikan bongkah yang terapung atau tenggelam di dalam air.

Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.


Soalan
1. Air mempunyai ketumpatan 1.0 g cm–3. Bongkah manakah yang lebih tumpat daripada air?
2. Nyatakan sama ada bongkah yang lebih tumpat daripada air akan terapung atau tenggelam di dalam air.

Jawapan:
1. Kuprum, aluminium

2. Bongkah yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam dalam air.

Leave a Comment