Eksperimen 8.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Eksperimen 8.2:
Tujuan: Mengkaji hubungan luas permukaan dengan tekanan.

Pernyataan masalah: Apakah kesan luas permukaan terhadap tekanan oleh tindakan daya yang sama?

Hipotesis: Luas permukaan meningkat, tekanan berkurang.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Blok logam yang berjisim sama
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Luas permukaan
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kedalaman lekuk

Bahan: Blok logam dan plastisin

Radas: Kaki retort dan pengapit, pembaris meter dan tali


Prosedur:


1.
Sediakan dua blok logam yang berjisim sama.

2. Gantungkan dua blok logam itu seperti dalam Rajah 8.31.

3. Letakkan sekeping plastisin di bawah keduadua blok logam itu.

4. Lepaskan blok logam P dan ukurkan kedalaman lekuk yang dihasilkan dengan pembaris.

5. Ulang langkah 4 dengan blok logam Q.


Keputusan:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
1. Apakah perubahan yang berlaku kepada kedalaman lekuk yang dihasilkan apabila luas permukaan tindakan daya bertambah?

2. Apakah hubung kait antara luas permukaan dengan tekanan?

3. Nyatakan inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian yang diperoleh.

4. Definisikan secara operasi tekanan.


Jawapan:
1. Kedalaman lekuk yang dihasilkan adalah kurang apabila luas permukaan tindakan daya bertambah.

2. Luas permukaan meningkat, tekanan berkurang.

3. Kedalaman lekukan yang dibentuk oleh blok logam P lebih dalam berbanding blok logam Q kerana blok logam P mengenakan tekanan yang lebih tinggi.

4. Definisi secara operasi bagi tekanan ialah kedalaman lekuk yang dihasilkan apabila dua blok logam yang mempunyai luas permukaan yang berbeza dilepaskan ke atas plastisin.


Leave a Comment