Aktiviti 8.11 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.11:
Tujuan: Mengkaji kesan kedalaman terhadap tekanan dalam cecair

Bahan: Air

Radas: Tiub getah 50 cm, besen dan silinder penyukat 1 000 ml

Arahan


1. Isikan silinder penyukat dengan isi padu air yang maksimum dan terbalikkannya seperti dalam Rajah 8.47.

2. Masukkan satu hujung tiub getah ke dalam silinder penyukat.

3. Hembuskan udara ke dalam hujung tiub getah yang satu lagi. Perhatikan perubahan saiz gelembung udara yang bergerak dari bawah sehingga ke permukaan air.

Soalan
1. Bandingkan saiz gelembung udara pada dasar besen dan pada permukaan air.

2. Nyatakan hubung kait antara isi padu gelembung udara dengan kedalamannya dalam air.

3. Terangkan fenomena ini berkaitan dengan tekanan dalam cecair.


Jawapan:
1. Saiz gelembung udara pada dasar besen adalah lebih kecil daripada saiz gelembung udara pada permukaan air.

2. Isi padu gelembung udara semakin berkurang apabila kedalaman air semakin bertambah.

3. Tekanan dalam cecair bertambah apabila kedalaman air bertambah.

Leave a Comment