Aktiviti 9.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Aktiviti 9.1:
Tujuan: Mengkaji pengaliran haba berlaku melalui konduksi, perolakan dan sinaran.

Bahan: Lilin, air, mancis, colok, hablur kalium permanganat dan paku tekan

Radas: Rod kuprum, bikar, kasa dawai, balang kaca, mentol, kadbod berbentuk-T, termometer, tungku kaki tiga, kaki retort dan pengapit dan penunu Bunsen

(A) Konduksi

1.
Lekatkan tiga paku tekan pada rod kuprum dengan menggunakan lilin dan sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.

2. Panaskan bahagian hujung rod kuprum dan perhatikan paku tekan untuk melihat turutan paku yang jatuh.

(B) Perolakan

(i) Perolakan di dalam cecair


Langkah Berjaga-jaga
Pastikan hablur kalium permanganat tenggelam sepenuhnya di dalam air sebelum bikar dipanaskan.

1. Isi air ke dalam sebuah bikar dan sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.

2. Panaskan bikar secara perlahan-lahan dan perhatikan arah gerakan warna hablur kalium permanganat di dalam bikar.

(ii) Perolakan di dalam gas


1. Nyalakan sebatang lilin di bahagian tepi bikar besar dan letakkan kadbod berbentuk-T di tengah-tengah bikar tersebut (Rajah 9.3).

2. Dekatkan sebatang colok berbara ke mulut bikar di bahagian yang bertentangan dengan nyalaan lilin.

3. Perhatikan pergerakan asap di dalam bikar.


(C) Sinaran


1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

2. Keluarkan udara di dalam balang dengan memasang pam vakum.

3. Letakkan tapak tangan anda pada sisi balang kaca untuk merasakan kepanasan permukaan balang kaca.

4. Nyalakan mentol. Selepas 10 minit, letakkan tapak tangan anda pada sisi balang kaca untuk merasakan kepanasan permukaan balang kaca.

Soalan
1. Berikan satu inferens bagi pemerhatian anda dalam Aktiviti A.

2. Lukiskan arah arus perolakan di dalam cecair.

3. Apakah kegunaan colok berbara dalam Aktiviti B?

4. Nyatakan cara lain untuk mengenal pasti kepanasan permukaan balang kaca dalam Aktiviti C.


Jawapan:
1. Paku tekan K pada rod kuprum jatuh dahulu kerana ia berada paling hampir dengan sumber haba.

2.


3. Arus perolakan dapat dilihat dengan jelas melalui asap colok berbara.

4. • Tampal jalur termometer pada permukaan balang kaca.

Leave a Comment