Aktiviti 9.4 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Aktiviti 9.4:
Tujuan: Mengkaji haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut.

(A) Pepejal
Radas: Penunu Bunsen, tolok dan batang besi

Arahan

1.
Cuba masukkan batang besi ke dalam tolok (Rajah 9.9).

2. Kemudian panaskan hujung batang besi dengan menggunakan penunu Bunsen selama lima minit.

3. Cuba masukkan batang besi yang dipanaskan ke dalam tolok. Rekodkan pemerhatian anda.

4. Biarkan batang besi menyejuk dan cuba masukkan ke dalam tolok sekali lagi. Rekodkan pemerhatian anda.

(B) Cecair
Bahan: Air berwarna, kiub ais dan air panas

Radas: Kelalang kon, gabus, besen dan tiub kaca

Arahan

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.10 dan tandakan aras awal air berwarna di dalam tiub kaca.

2. Masukkan kelalang kon ke dalam besen air panas dan perhatikan aras air berwarna.

3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggantikan air panas dengan kiub ais dan rekodkan pemerhatian anda.

(C) Gas
Bahan: Air panas, kiub ais dan belon

Radas: Kelalang kon dan besen

Arahan

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.11.

2. Perhatikan dan rekodkan keadaan belon selepas tiga minit.

3. Ulang langkah 1 dan 2. Gantikan air panas dengan kiub ais.

Soalan
1. Berikan inferens untuk pemerhatian anda dalam Aktiviti A.

2. Mengapakah air berwarna digunakan dalam Aktiviti B?

3. Apakah yang menyebabkan perubahan fizikal pada belon dalam Aktiviti C?


Jawapan:
1. Batang besi yang dipanaskan tidak dapat dimasukkan ke dalam tolok kerana batang besi tersebut telah kembang.

2. Air berwarna digunakan supaya perubahan aras cecair mudah diperhatikan.

3. Pengembangan dan pengecutan udara di dalam belon menyebabkan saiz belon berubah.

Leave a Comment