Latihan Formatif 9.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Apakah yang berlaku pada isi padu air semasa pemanasan?

Jawapan:
Isi padu air bertambah.

Soalan 2:
Terangkan secara ringkas sebab kabel penghantaran pada tiang biasanya dipasang longgar sedikit.

Jawapan:
Supaya wayar kabel mengecut pada waktu sejuk dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Soalan 3:
Adakah pengembangan dan pengecutan jirim boleh membahayakan struktur bangunan?
Berikan pendapat anda.

Jawapan:
Ya. Pengembangan dan pengecutan boleh merosakkan struktur bangunan dan menyebabkan dinding retak.

Leave a Comment