Latihan Formatif 10.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Nyatakan empat sumber getaran yang menghasilkan bunyi.

Jawapan:
Getaran sayap serangga, petikan tali gitar, getaran udara dalam trumpet dan seruling, getaran peti suara.
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 2:
Tandakan (√) pada pernyataan yang betul tentang gelombang bunyi.
(a) Gelombang bunyi hanya boleh dipantulkan.
(b) Angkasawan di angkasa lepas boleh mendengar bunyi dengan lebih jelas berbanding dengan Bumi.
(c) Gelombang bunyi memerlukan medium untuk merambat.

Jawapan:
(c)

Soalan 3:
Dinding pawagam biasanya dilapisi dengan papan lembut yang nipis. Apakah kegunaan papan tersebut?

Jawapan:
Menyerap dan mengelakkan pantulan bunyi.

Leave a Comment