Aktiviti 10.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Aktiviti 10.2:
Tujuan: Mengkaji kesan amplitud ke atas kenyaringan dan kesan frekuensi ke atas kelangsingan.

Radas: Osiloskop Sinar Katod (O.S.K.), penjana isyarat audio, pembesar suara dan wayar penyambung

Arahan
1. Susunkan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.6.


2. Laraskan penjana isyarat audio dan O.S.K. sehingga bunyi dihasilkan dan bentuk gelombang dapat diperhatikan pada skrin O.S.K.

3. Tetapkan frekuensi penjana isyarat audio dan tingkatkan kuasa outputnya secara perlahan-lahan.

4. Dengar bunyi yang dihasilkan dan perhatikan bentuk gelombang pada skrin O.S.K. Rekodkan pemerhatian anda.

5. Kemudian, tetapkan kuasa output penjana isyarat audio dan tingkatkan frekuensinya secara perlahan-lahan.

6. Dengar bunyi yang dihasilkan dan perhatikan bentuk gelombang pada skrin O.S.K. Rekodkan pemerhatian anda.


Pemerhatian


Soalan
1. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan
(a) amplitud ke atas kenyaringan?
(b) frekuensi ke atas kelangsingan?

2. Jelaskan perkaitan antara peningkatan amplitud dengan perubahan pada bunyi yang dihasilkan dengan merujuk kepada tenaga getaran.

3. Jika suatu objek menghasilkan getaran dengan amplitud dan frekuensi yang tinggi, apakah yang akan berlaku pada bunyi yang dihasilkan?


Jawapan:
1.
(a) Kenyaringan bertambah apabila amplitud bertambah.
(b) Kelangsingan bertambah apabila frekuensi bertambah.

2. Apabila amplitud bertambah, saiz getaran gelombang turut bertambah. Jadi, bunyi yang kuat dihasilkan.

3. Bunyi yang lebih nyaring dan lebih langsing akan dihasilkan.

Leave a Comment