Aktiviti 10.4 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Aktiviti 10.4:
Tujuan: Mengkaji kesan Doppler dengan menggunakan hon udara.

Bahan: Hon udara

Arahan
1. Anda diminta untuk berdiri di tengah-tengah tapak perhimpunan.

2. Minta rakan anda untuk membunyikan hon udara sambil berlari melepasi anda.

3. Rekodkan kelangsingan bunyi hon tersebut semasa dan selepas rakan anda melepasi anda.

Soalan
1. Apakah yang berlaku pada kelangsingan bunyi apabila hon udara dibunyikan sambil melepasi pemerhati?

2. Nyatakan kaitan antara frekuensi bunyi dan jarak sumber bunyi dengan pemerhati.

3. Adakah pembawa sumber bunyi turut merasakan perubahan kelangsingan bunyi? Berikan alasan anda.


Jawapan:
1. Kelangsingan bertambah.

2. Semakin dekat jarak sumber bunyi dengan pemerhati, semakin tinggi frekuensi bunyi.

3. Tidak, kerana tidak ada gerakan relatif antara pembawa dengan sumber bunyi.

Leave a Comment