Praktis Formatif 2.1 (Soalan 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan sebuah model ringkas yang digunakan untuk menunjukkan mekanisme pernafasan.


(a) Nyatakan bahagian sistem respirasi manusia yang diwakili oleh bahagian yang berikut:
(i) Balang kaca
(ii) Kepingan getah nipis
(iii) Tiub kaca berbentuk Y
(iv) Belon

(b) Mengapakah kepingan getah nipis dan bukan getah tebal digunakan dalam model di atas?

(c) Nyatakan proses dalam pernafasan yang ditunjukkan oleh tindakan terhadap kepingan getah nipis yang berikut:
(i) Kepingan getah nipis ditarik ke bawah.
(ii) Kepingan getah nipis ditolak ke atas.

(d) Mengapakah balang kaca gagal berfungsi seperti sangkar rusuk dalam mekanisme pernafasan yang menggunakan model di atas?


Jawapan:
(a)
(i) Sangkar rusuk
(ii) Diafragma
(iii) Trakea dan bronkus
(iv) Peparu

(b) Kepingan getah nipis lebih mudah meregang berbanding kepingan getah tebal. Maka, kepingan getah nipis mudah ditarik ke bawah atau ditolak ke atas.

(c)
(i) Menarik atau menyedut nafas
(ii) Menghembus nafas

(d) Struktur atau isi padu balang kaca yang mewakili sangkar rusuk kekal tetap semasa kepingan getah nipis ditarik ke bawah atau ditolak ke atas manakala struktur dan isi padu sangkar rusuk berubah semasa proses menyedut nafas atau menghembus nafas.

Leave a Comment