Praktis Formatif 2.4 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Nyatakan struktur respiratori dalam haiwan yang berikut:
(a) Ikan
(b) Serangga
(c) Amfibia

Jawapan:
(a) Insang

(b) Trakea

(c) Kulit luar lembap


Soalan 2:
Nyatakan dua adaptasi kulit luar katak yang membantu pertukaran gas yang cepat dan efisien antara kulit luar katak dengan persekitaran.

Jawapan:
Kulit luar katak yang nipis, jaringan kapilari darah yang padat di bawah lapisan kulit, sangat telap kepada gas respirasi dan lembap.


Soalan 3:
Mengapakah sistem peredaran serangga tidak terlibat dalam mekanisme respirasi serangga?

Jawapan:
Sel badan serangga mempunyai hubungan terus dengan permukaan respirasi, iaitu oksigen yang masuk ke dalam trakeol terus meresap ke dalam sel manakala karbon dioksida meresap keluar daripada sel ke dalam trakeol.


Soalan 4:
Apakah kepentingan senaman dalam mengekalkan sistem respirasi yang sihat?

Jawapan:
Apabila kita bersenam, kadar respirasi kita akan bertambah. Kadar pengangkutan oksigen lebih banyak ke sel badan dan penyingkiran karbon dioksida daripada sel badan yang lebih tinggi akan menjadikan sel-sel badan lebih sihat. Oleh itu, kesihatan semua sistem dalam badan terutama sistem respirasi dapat dikekalkan.


Soalan 5:
Pemilihan gaya hidup yang sihat penting untuk respirasi. Namakan dua contoh gaya hidup yang sihat.

Jawapan:
Tidak merokok, selalu bersenam

Leave a Comment