Praktis Formatif 3.3 (Soalan 1 – 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Nyatakan empat komponen darah manusia.

Jawapan:
Sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma darah

Soalan 2:
Nyatakan komponen yang paling besar dalam darah manusia.

Jawapan:
Plasma darah

Soalan 3:
Tandakan ( √ ) pada kumpulan darah penderma dan penerima yang serasi dan ( × ) pada kumpulan darah penderma dan penerima yang tidak serasi.


Jawapan:


Soalan 4:
(a) Apakah kepentingan menderma darah?
(b) Nyatakan dua contoh penyakit yang dapat dirawat melalui pendermaan darah.

Jawapan:
(a) Untuk menyelamatkan nyawa

(b) Leukemia, hemofilia

Leave a Comment