Aktiviti 4.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.1:
Sebatian semula jadi ialah gabungan beberapa unsur

Tujuan: Menunjukkan bahawa sebatian semula jadi ialah gabungan beberapa unsur

Bahan
Serbuk kalsium karbonat, air kapur dan asid hidroklorik cair

Radas
Tabung didih berlabel P, tabung didih berlabel Q, spatula, tabung uji, penunu Bunsen, penyumbat getah dengan tiub penghantar, corong turas dan kaki retort

Arahan
1. Masukkan satu spatula kalsium karbonat ke dalam tabung didih P dan tabung didih Q.

2. Tuangkan 10 ml asid hidroklorik cair ke dalam tabung didih P.

3. Sediakan susunan radas untuk menguji sifat gas yang dibebaskan dengan melalukannya ke dalam air kapur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.


4. Perhati dan rekodkan dalam jadual perubahan pada air kapur, jika ada.

5. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2. Panaskan kalsium karbonat di dalam tabung didih Q itu dengan kuat sehingga gas dibebaskan.

6. Perhati dan rekodkan dalam jadual perubahan pada air kapur, jika ada.

Pemerhatian



Soalan
1. Nyatakan gas yang diuji dengan menggunakan air kapur.

2. Bagaimanakah ujian gas tersebut dijalankan? Terangkan.

3. Nyatakan gas yang dibebaskan apabila kalsium karbonat:
(a) bertindak balas dengan asid hidroklorik cair
(b) dipanaskan dengan kuat

4. Lengkapkan persamaan dalam perkataan bagi setiap tindak balas di soalan 3.
(a) Kalsium karbonat + asid hidroklorik  →(         ) + (         ) + (         )
(b) Kalsium karbonat → dipanaskan (           ) + (          )

5. Nyatakan tiga unsur yang bergabung dalam kalsium karbonat.




Jawapan:
1. Karbon dioksida

2. Lalukan gas yang diuji melalui air kapur. Jika air kapur bertukar menjadi keruh, gas yang diuji ialah karbon dioksida. Sebaliknya, jika air kapur tidak menjadi keruh, gas yang diuji bukan karbon dioksida.

3.
(a) Karbon dioksida
(b) Karbon dioksida

4.
(a) kalsium klorida + karbon dioksida + air
(b) kalsium oksida + karbon dioksida

5. Kalsium, karbon, oksigen

Leave a Comment