Praktis Formatif 4.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah mineral?

Jawapan:
Mineral ialah unsur atau sebatian pepejal yang wujud secara semula jadi dengan struktur hablur dan komposisi kimia yang tertentu.


Soalan 2:
Nyatakan satu contoh mineral yang berbentuk:
(a) unsur
(b) sebatian semula jadi

Jawapan:
(a) Emas, perak, berlian atau mineral unsur yang lain
(Mana-mana satu)

(b) Bauksit, hematit, galena, kasiterit, quarza atau mineral sebatian semula jadi yang lain
(Mana-mana satu)


Soalan 3:
Nyatakan dua contoh mineral, sifat kimia atau sifat fizik mineral dan kegunaannya dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Kalsium oksida yang bersifat bes digunakan untuk meneutralkan tanah yang berasid. Silikon dioksida yang bertakat lebur tinggi digunakan untuk membuat radas makmal berkaca.

Leave a Comment