Aktiviti 4.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.3:
Kereaktifan beberapa logam terhadap oksigen

Tujuan:
Mengkaji tindak balas pemanasan logam seperti magnesium, aluminium, zink, ferum dan plumbum dengan oksigen

Bahan
Hablur kalium manganat(VII), serbuk magnesium, aluminium, zink, ferum, plumbum dan wul kaca

Radas
Tabung didih, kaki retort dengan pengapit, piring porselin, spatula dan penunu Bunsen

Arahan
1. Masukkan satu spatula hablur kalium manganat(VII) ke dalam sebuah tabung didih yang kering. Gunakan sedikit wul kaca untuk menahannya daripada terkeluar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.


2. Apitkan tabung didih secara mengufuk dengan menggunakan pengapit pada kaki retort seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

3. Letakkan satu spatula serbuk magnesium di atas sekeping piring porselin yang kecil.
Masukkan piring porselin yang berisi serbuk magnesium ini ke dalam tabung didih yang telah diapitkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

4. Panaskan serbuk magnesium dengan kuat. Kemudian, panaskan hablur kalium manganat(VII).

5. Perhatikan kecergasan tindak balas yang berlaku.

6. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual. Rakamkan gambar video dan/atau ambil gambar foto tindak balas yang berlaku.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggunakan serbuk logam yang disenaraikan dalam jadual yang berikut:

Pemerhatian


Soalan
1. Lengkapkan persamaan perkataan bagi tindak balas setiap logam dengan oksigen.
(a) Magnesium + oksigen → (      )
(b) Aluminium + oksigen → (      )
(c) Zink + oksigen → (      )
(d) Ferum + oksigen → (      )
(e) Plumbum + oksigen → (      )

2. Nyatakan hubung kait antara kecergasan tindak balas dengan kereaktifan logam terhadap oksigen.

3. Berdasarkan keputusan daripada aktiviti ini, lengkapkan urutan yang berikut untuk menunjukkan susunan logam mengikut kereaktifan yang semakin berkurang terhadap oksigen.
(      )   →   (      )    →    (      )   →    (      )   →    (      )


Jawapan:
1.
(a) Magnesium oksida
(b) Aluminium oksida
(c) Zink oksida
(d) Ferum oksida
(e) Plumbum oksida

2. Semakin reaktif logam itu, semakin cergas logam bertindak balas dengan oksigen.

3. Magnesium → Aluminium → Zink → Ferum → Plumbum

Leave a Comment