Aktiviti 4.4 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.4:
Kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam

Tujuan:
Menentukan kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam melalui pemanasan bahan yang berikut:
(a) Zink oksida dengan karbon
(b) Aluminium oksida dengan karbon
(c) Plumbum(II) oksida dengan karbon

Bahan
Serbuk karbon, zink oksida, aluminium oksida dan plumbum(II) oksida

Radas
Mangkuk pijar, spatula, penunu Bunsen, segi tiga tanah liat dan tungku kaki tiga

Arahan

(A) Demonstrasi oleh guru
Perhatikan guru membuat demonstrasi dalam langkah 1 hingga langkah 4 yang berikut dengan berhati-hati.

1. Masukkan satu spatula serbuk karbon dan satu spatula serbuk zink oksida ke dalam sebuah mangkuk pijar yang kering. Campuran serbuk itu digaul dengan sekata di dalam mangkuk pijar tersebut.

2. Letakkan mangkuk pijar itu di atas segi tiga tanah liat pada tungku kaki tiga seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5.



3. Panaskan campuran di dalam mangkuk pijar dengan kuat.

4. Perhatikan perubahan pada serbuk yang berlaku di dalam mangkuk pijar itu.
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual.



(B) Aktiviti murid

Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan zink oksida kepada aluminium oksida dan plumbum(II) oksida.

Pemerhatian


Soalan
1. Lengkapkan persamaan perkataan bagi setiap tindak balas oksida logam dengan karbon, sekiranya ada.


2. Nyatakan logam yang kurang reaktif daripada karbon. Terangkan jawapan anda.

3. Berdasarkan keputusan daripada aktiviti ini, lengkapkan urutan yang berikut untuk menunjukkan susunan unsur mengikut kereaktifan yang semakin bertambah terhadap oksigen.


4. Berikan satu aplikasi kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam bagi kegunaan perindustrian. Terangkan jawapan anda.

5. Gariskan jawapan yang betul bagi pernyataan yang berikut:
(a) Jika karbon boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam, ini bermakna karbon adalah (lebih/kurang) reaktif daripada logam tersebut.
(b) Jika karbon tidak boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam, ini bermakna karbon adalah (lebih/kurang) reaktif daripada logam tersebut.


Jawapan:
1.
(a) Zink + Karbon dioksida
(b) Tiada perubahan
(c) Plumbum + Karbon dioksida

2. Zink dan plumbum. Oksida bagi logam yang kurang reaktif daripada karbon akan diturunkan kepada logam melalui pemanasan dengan karbon.

3.


4. Pengekstrakan logam. Logam yang kurang reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan logam dapat diekstrak daripada bijihnya dengan penurunan oksida logam tersebut oleh karbon.

5.
(a) lebih
(b) kurang

Leave a Comment