Praktis Formatif 4.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Nyatakan kaedah pengekstrakan logam daripada bijih atau oksida logam yang berikut:
(a) Aluminium oksida
(b) Bijih besi

Jawapan:
(a) Elektrolisis

(b) Penurunan bijih besi dengan karbon


Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan relau bagas yang digunakan untuk mengekstrak ferum.


(a) Nyatakan satu contoh logam selain ferum yang diekstrakkan dengan menggunakan relau bagas.

(b) Nyatakan bahan yang dimasukkan ke dalam relau bagas melalui bahagian yang berlabel:
(i) P
(ii)
Q

(c) Namakan bahan yang dialirkan keluar dari relau bagas melalui bahagian yang berlabel:
(i) R
(ii) S


Jawapan:
(a) Timah

(b)
(i) Bijih besi, batu kapur, arang kok
(ii) Udara panas

(c)
(i) Sanga
(ii) Leburan ferum


Soalan 3:
Nyatakan satu kesan buruk daripada aktiviti perlombongan yang tidak dirancang dan cara
untuk menyelesaikan kesan buruk tersebut dalam konteks yang berikut:
(a) Konteks tempatan
(b) Konteks global

Jawapan:
(a) Hakisan tanah. Masalah hakisan tanah dapat diselesaikan dengan menanam semula pokok di tanah yang berkenaan.

(b) Pencemaran udara. Pencemaran udara dapat dielakkan dengan menapiskan gas yang dihasilkan oleh aktiviti perlombongan sebelum dibebaskan ke udara.

Leave a Comment