Praktis Formatif 6.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak boleh baharu?

Jawapan:
Sumber tenaga boleh baharu adalah sumber tenaga yang boleh diganti secara berterusan dan tidak akan habis manakala sumber tenaga tidak boleh baharu adalah sumber tenaga yang tidak boleh digantikan dan akan habis digunakan.


Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan tiga susunan, P, Q dan R dengan magnet dan gegelung dawai yang bergerak atau berkeadaan pegun.


(a) Dalam susunan yang manakah LED bernyala? Terangkan jawapan anda.

(b) Dalam susunan yang manakah LED tidak bernyala? Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a) LED bernyala dalam susunan P dan Q. Dalam susunan P dan Q, pemotongan garis medan magnet oleh gegelung dawai berlaku dan menghasilkan arus aruhan. Arus aruhan ini mengalir melalui LED dan menyebabkan LED bernyala.

(b) LED tidak bernyala dalam susunan R. Dalam susunan R, pemotongan garis medan magnet tidak berlaku dan tiada arus aruhan mengalir melalui LED.

Soalan 3:
Apakah fungsi sebuah osiloskop sinar katod atau O.S.K.?

Jawapan:
Untuk menunjukkan bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan bagi arus terus dan arus ulang-alik.

Leave a Comment