Praktis Formatif 6.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Di kelas sains, Wazir telah mempelajari komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.


Dengan menggunakan perkataan yang disediakan di atas, lengkapkan carta alir yang berikut. Carta alir ini menunjukkan urutan komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.



Jawapan:
(a) Stesen transformer injak naik

(b) Lapangan suis

(c) Transformer injak turun


Soalan 2:
Gariskan jawapan yang betul tentang penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.

(a) Voltan bagi arus ulang-alik (dinaikkan/diturunkan) sebelum dialirkan melalui Rangkaian Grid Nasional.

(b) Voltan bagi arus ulang-alik adalah paling tinggi di (stesen jana kuasa/Rangkaian Grid Nasional/pencawang bahagian).

(c) (Lapangan suis/Rangkaian Grid Nasional) membolehkan tenaga elektrik dihantar ke pencawang bahagian apabila diperlukan.

Jawapan:
(a) dinaikkan

(b) Rangkaian Grid Nasional

(c) Lapangan suis


Soalan 3:
(a) Nyatakan tiga contoh komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah.

(b) Apakah fungsi fius?

Jawapan:
(a) Fius, dawai bumi, pemutus litar, pengalir kilat (mana-mana tiga)

(b) Fius akan melebur dan memutuskan bekalan elektrik apabila arus berlebihan melaluinya.


Soalan 4:
(a) Nyatakan satu contoh punca litar pintas. Jelaskan jawapan anda.


(b) Rajah 1 menunjukkan beberapa peralatan elektrik dengan palam 2-pin masing-masing disambungkan pada satu soket.

(i) Nyatakan keadaan elektrik yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

(ii) Berikan satu contoh kemalangan elektrik yang mungkin boleh berlaku.
Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
(a) Penebat wayar yang rosak. Wayar hidup yang terdedah bersentuh dengan wayar neutral yang terdedah.

(b)
(i) Beban yang berlebihan

(ii) Kebakaran. Pengaliran arus yang besar menyebabkan wayar-wayar, palam dan soket menjadi terlalu panas lalu terbakar.

Leave a Comment