Aktiviti 7.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.1 :
Tujuan:
Mengira kerja dan kuasa yang diperlukan

Bahan
Pemberat 100 g, benang dan bongkah kayu

Radas
Neraca spring, pembaris meter dan jam randik

Arahan
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.


2. Tarik neraca spring sehingga bongkah kayu itu mula bergerak dan catatkan daya yang ditunjukkan pada neraca spring.

3. Tarik bongkah kayu itu sejauh 1.0 m dengan daya tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6. Minta rakan anda mengukur masa yang diambil untuk menggerakkan bongkah kayu itu dengan menggunakan jam randik.

4. Catatkan masa yang diambil. Hitung dan catatkan kerja yang dilakukan dan kuasa yang diperlukan dalam jadual.

5. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.


6. Angkat pemberat 100 g dengan neraca spring sejauh 0.5 m secara menegak dari lantai.

7. Catatkan daya yang ditunjukkan pada neraca spring.

8. Minta rakan anda mengukur masa yang diambil untuk menggerakkan pemberat tersebut menggunakan jam randik.

9. Catatkan masa yang diambil. Hitung dan catatkan kerja yang dilakukan dan kuasa yang diperlukan dalam jadual.


Soalan
1. Nyatakan jenis daya yang diatasi semasa:
(a) menarik bongkah kayu di atas permukaan meja
(b) mengangkat pemberat 100 g secara menegak dari lantai

2. Aktiviti yang manakah melibatkan kerja yang dibuat paling banyak?

3. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kuasa.

4. Aktiviti yang manakah dilakukan dengan kuasa yang paling tinggi?

5.
(a) Berikan satu contoh aktiviti atau objek dalam kehidupan harian yang melibatkan kuasa yang tinggi.
(b) Berikan satu contoh aktiviti atau objek dalam kehidupan harian yang melibatkan kuasa yang rendah.


Jawapan:
1.
(a) Daya geseran
(b) Daya tarikan graviti

2. Jawapan murid

3. Daya, sesaran dalam arah daya, masa

4. Jawapan murid

5.
(a) Kapal terbang yang berlepas, tren ERL yang bergerak.
(b) Tidur, duduk, objek dalam kehidupan harian yang bergerak secara perlahan.

Leave a Comment