Praktis Formatif 8.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
(a) Apakah sinaran mengion? Berikan satu contoh sinaran mengion.
(b) Apakah sinaran tidak mengion? Berikan satu contoh sinaran tidak mengion.

Jawapan:
(a) Sinaran mengion ialah sinaran yang menghasilkan ion positif dan ion negatif semasa melintasi udara.
Contoh sinaran mengion: sinar alfa, sinar beta, sinar gama dan sinar-X
(mana-mana satu)

(b) Sinaran tidak mengion ialah sinaran yang tidak menghasilkan ion semasa melintasi udara.
Contoh sinaran tidak mengion: cahaya (nampak), infra merah, gelombang radio

Soalan 2:
Gariskan jawapan yang betul tentang perbezaan antara sinar alfa, sinar beta dan sinar gama.
(a) Kuasa pengionan sinar beta (lebih/kurang) daripada kuasa pengionan sinar alfa tetapi (lebih/kurang) daripada kuasa pengionan sinar gama.
(b) Kuasa penembusan sinar beta (lebih/kurang) daripada kuasa penembusan sinar alfa tetapi (lebih/kurang) daripada kuasa penembusan sinar gama.

Jawapan:
(a) kurang, lebih
(b) lebih, kurang

Soalan 3:
(a) Nyatakan dua sumber semula jadi yang menghasilkan sinaran mengion.
(b) Nyatakan tiga sumber buatan manusia yang menghasilkan sinaran mengion.

Jawapan:
(a) Sinaran kosmik, sinaran latar belakang

(b) Kemalangan nuklear, ujian nuklear, penggunaan radioisotop dalam perubatan.

Soalan 4:
(a) Nyatakan unit pengukuran dos sinaran latar belakang.
(b) Apakah 1 sievert (Sv)?
(c) Berapakah dos sinaran latar belakang pada aras normal atau aras selamat?

Jawapan:
(a) mikroSievert/jam (μSv/j)

(b) 1 Sv ialah 1 Joule tenaga sinaran radioaktif yang diserap oleh 1 kilogram tisu hidup.

(c) Dos sinaran kurang daripada 0.2 μSv/j

Soalan 5:
Mengapakah tahap penyerapan sinaran mengion bagi individu yang bekerja dalam sektor penerbangan lazimnya melebihi tahap selamat?

Jawapan:
Semakin tinggi dari permukaan Bumi, semakin kuat sinaran kosmik. Oleh itu, individu yang berada di dalam kapal terbang yang berada pada altitud yang tinggi akan menyerap lebih banyak sinaran kosmik sehingga tahap penyerapan sinaran mengionnya melebihi tahap selamat.

Soalan 6:
Seorang murid menonton televisyen setiap hari selama 2 jam. Hitung dos sinaran mengion yang telah murid itu terima selama 5 hari. (Dos sinaran mengion televisyen = 0.01 mSv/j)

Jawapan:
Dos sinaran mengion yang diterima oleh murid
= 0.01 mSv/j × 2 j × 5
= 0.1 mSv

Leave a Comment